Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
- Ibu yang kerap bersalin
- Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.
Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala da pening
- Jantung berdebar dengan cepat
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Loya
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
==============================================================
Kepada ibu :
- Keguguran
- Bersalin Awal
- Kematian janin dalam kandungan
- Tumpah darah semasa & selepas bersalin
- Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
- Lahir tidak cukup bula
- Lemas semasa lahir
- Pertumbuhan bayi terbantut
Tahap anemia
| < 6.9 | Sangat Teruk |
| 6.9-8.0 | Teruk |
| 8.0-9.5 | Sederhana |
| 9.5-10.5 | Ringan |
Elak Anemia Semasa Hamil
TIPS ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL!
* Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).
* Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.* Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!
* Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.
* Maka, di Shaklee, pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.
Bagi ibu-ibu hamil, perkara ini jangan diambil remeh. Pengambilan
Shaklee Vita-lea Iron Formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

No comments:
Post a Comment