Friday, March 8, 2013

Kelebihan Pengedar Shaklee


Program Ganjaran Tunai 

Kelebihan Pengedar Shaklee




Bonus Kumpulan Peribadi (21%)

Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.


Bonus Kempimpinan (sehingga 6 paras ke atas)
Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasi anda (“break out”). Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini.
Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.

Insentif Coordinator (sehingga 1.5%)
Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.

Program Kereta
Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat yang ditentukan.
Pemimpin Jualan yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini secara minimum.



Kelebihan Pengedar Shaklee


Program Konvensyen/ Insentif
Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Sila rujuk Brosur Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut.

Daftar Sebagai Pengedar Sah Shaklee

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam keluarga Shaklee kami. Kejayaan melahirkan ramai Business Leader yang berjaya memperoleh pendapatan 3/4/5 angka adalah kepakaran kami. Kami mempunyai SISTEM yang TERBUKTI membawa ramai pengedar Shaklee di bawah naungan kami berjaya membina EMPAYAR SHAKLEE masing-masing.


Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya (sms/email untuk mendapatkan no id) sebagai sponsor/upline.


Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 semenanjung dan rm20 untuk sabah sarawak. untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).


Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase


Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.


Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID Saya saya sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee online or offline.

Jana pendapatan 5angka bersama Shaklee sekarang!!!!!......

Daftar sekarang dan anda akan diajar bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan Shaklee secara online. Exclusive untuk yang berdaftar di Rich Mum Gruop sahaja.

Kami KOMITED dalam membimbing anda! 
Ramai yang telah berjaya bersama Rich Mum Group. Giliran anda bakal tiba.

 

6 Tip Pemakanan/ Diet Semasa Menyusu Badan (Khas Buat Ibu Menyusu)

6 Tip Pemakanan/ Diet Semasa Menyusu Badan (Khas Buat Ibu Menyusu)

Jom kita semak: Adakah nutrisi harian kita sebagai ibu menyusu adalah sihat, lengkap dan mencukupi?

Bayi akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui susu ibu. Segala zat-zat yang diperlukan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Maka, jika ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, akan menyebabkan badan ibu yang akan mengalami ‘kesengsaraan’ akibat kekurangan zat makanan tertentu.

Pengambilan makanan sihat seperti buah, sayuran, serat serta snek berkhasiat sangat-sangat digalakkan untuk memenuhi keperluan zat makanan ibu menyusu.


6 TIP PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN
=========================================

1. Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi.

2. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu. Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.
3. Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

4. Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

5. Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.

6. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakan bahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Set Penyusuan Shaklee

Assalammualaikum.

Ibu dan bakal2 ibu di luar sana anda tercari2 supplemen untuk tambahkan susu badan?jom cuba set penyusuan shaklee.Meh saya nk kongsikan kenapa anda perlu ambil set penyusuan shaklee ni?


10 sebab kenapa anda perlukan set penyusuan:
====================================

1. Susu ibu akan menjadi lebih pekat, lemak dan berkhasiat
2. Susu ibu akan dihasilkan dengan lebih cepat, dengan syarat anda kerap pam setiap 2-3 jam sekali dan minum air yang kuantiti yang banyak
3. Kulit akan menjadi lebih cantik, mulus & berseri
4. Badan akan menjadi lebih bertenaga, tidak mudak letih dan segar sepanjang hari
5.Mengatasi masalah kepputihan, merapatkan & keintiman hubungan suai isteri makin bertambah
6. Mengurangkan masalah kulit dan eczema yang dihidapi oleh baby atau ibu
7. Sistem pertahanan badan anda akan meningkat dan baby akan lebih sihat dan kuat serta jarang demana sebab dia mendapat semua khasiat yang diambil oleh ibu melalui susu ibu
8. Membentu semula payudara yang lebih cantik & anjal dengan pengambilan ESP
9. MEngurangkan masalah sakit pinggang, lenguh sendi atau belakang dengan ada kalsium
10. Membantu mengurangkan atau mengawal berat badan dengan alfafa bertindaks sebagai detoks.
 
Jom ikuti testimoni pengguna yang telah mengambil set penyusuan shaklee ini
10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Set Penyusuan Shaklee

Alhamdulillah saban hari ramai ibu2 yang berpuas hati dengan set penyusuan. Rata-rata menyatakan kesan yang sangat baik dari segi kuantiti dan kualiti susu ibu itu sendiri. Antaranya ada yang memberitahu sesu bertambah pekat & banyak. Set penyusuan bukan sekadar MILK BOOSTER semata-mata tetapi mempunyai banyak
kebaikan yang lain apabila anda mengambil set penyusuan ini.


DI antara kelebihannya adalah :
========================

1. Vitamin C - Berupaya meningkatkan sistem imun untuk ibu & baby, di mana badan ibu dan baby akan menjadi lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika deman sekali pun, kita akan cepat sembuh. Ianya juga sangat penting untuk membentuk kolegen yang penting utk kulit cantik berseri.

2. Vitamin B - "B for Beauty", vitamin yang menjadikan kulit anda lebih berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai penenang dan berupaya menstabilkan emosi ibu

3. Multivitamin dengan Zat Besi (Vitalea) - Multivitamin terbaik yang mampu memberikan tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari selain memastikan ibu dan baby dalam keadaan sihat.

4. Alfafa - bertindak sebagai MILK BOOSTER, juga sangat bagus dalm menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan, kekering ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam badan serta membantu mengurangkan eczema

5. Osteomatrik (Kalsium dengan Magnesium) - Bertindak sebagi MILK BOOSTER, dimana ia baik utk tulang dan gigi ibu dan baby, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh2 sendi yang di alami oleh si ibu.

6. Enrgizing Soy Protein (ESP) - Merupakan protein soya yang sangat penting utk setiap sel badan, juga bertindak sebagai MILK BOOSTER terbaik. ESP juga mampun mencantikkan kulit, mengatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur, serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan baby itu sendiri

Hb Rendah Semasa Hamil? Ia Boleh Memudaratkan Anda

 Hb Rendah Semasa Hamil? Ia Boleh Memudaratkan Anda

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.


Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.


Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala da pening
- Jantung berdebar dengan cepat
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Loya

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
==============================================================

Kepada ibu :
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin
Kepada Janin :
  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bula
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut

Tahap anemia
< 6.9Sangat Teruk
6.9-8.0Teruk
8.0-9.5Sederhana
9.5-10.5Ringan

Elak Anemia Semasa Hamil

TIPS ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL!

* Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).

* Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

* Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!

* Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.

* Maka, di Shaklee, pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.

Bagi ibu-ibu hamil, perkara ini jangan diambil remeh. Pengambilan 
 Shaklee Vita-lea Iron Formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Hb Rendah Semasa Hamil? Ia Boleh Memudaratkan Anda
  

10 Fungsi & Khasiat Ostematrix

10 Fungsi & Khasiat Ostematrix


Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

 

10 fungsi & kebaikan ostematrix shaklee

============================

1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.

Khasiat Alfalfa Complex

Khasiat Alfalfa Complex
                                                                             


Khasiat Alfalfa Complex
                                                      

Keistimewaan Shaklee | Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
============================

1. Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
2. Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
3. Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
4. Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
5. Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
6. Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
==============================

1. Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
2. Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
3. Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
4. Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
5. Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
6. Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Fungsi & khasiat alfafa complex
=========================

1. Terkenal untuk merawat 3 A :

  • Arthritis
  • Asthma
  • Allergy
2. Berkhasiat untuk membantu masalah :
  • Penyakit Usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera 
3. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
  • Penghadaman
  • Pencernaan
4. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :
  • Gastrik
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang darah (Anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau
5. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia  membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

6. Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia meransang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu.Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Set Penyusuan 3m Paling Bagus Dan Terlaris!!

Testimoni dan pujian2 banyak sangat diluahkan oleh ibu-ibu yang telah mencuba 3M. Ramai yang gembira telah mendapat kesan supply susuibu mereka bertambah. Stok pun makin banyak khasnya pada masa pantang...

Selain dari tu ramai juga yang dapat kebaikan (yang saya panggil BONUS) seperti kesihatan bertambah baik, sakit belakang hilang, rasa lebih cergas, kurang penat, kulit jadi lebih cantik dan anjal.. Breast jadi anjal he he he.. Namun semuanya berbeza dari seorang ibu ke seorang ibu..

 



Set Penyusuan 3m Paling Bagus Dan Terlaris!!

Kenapa Set 3M dikatakan sangat berkesan? 

=================================

 1. Komponen utama susu ibu ialah PROTIEN dan KALSIUM. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein utama untuk ibu menyusu memang sangat-sangat membantu, ditambah pula dengan pengambilan Ostematrix (kalsium), melengkapkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan lebih cepat.
2. Set B mengandungi vitamin-vitamin penting untuk kesihatan tubuh badan ibu itu sendiri. Bila badan ibu itu sihat dan cergas, secara tak langsung badan ibu cukup fit untuk menghasilkan pengeluaran susu untuk anak. Badan yang letih akan menghadkan pengeluaran susu.
3. Selain itu, dalam set B juga terkandung vitamin B complex yang sangat penting dalam mengawal dan mengelakkan stress. Bila ibu tenang dan ceria, secara asasnya susu juga akan dihasilkan dengan lebih lancar, mudah dan cepat. Jadi untuk ibu-ibu menyusu, elakkan stress ya.. 

4. Alfalfa yang terdapat dalam set B juga bertindak sebagai milk-booster. Pengambilannya memang sangat-sangat membantu ibu-ibu yang menyusu.
5. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai milk-booster yang sangat berkesan.
6. Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.

 

Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
=================================

1. Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

2. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak.Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
3. Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

4. Ibu kepada bayi kembar

5. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.

 

Testimoni mereka yang berjaya dengan set 3m ini:

======================================

Testimoni 1

Set Penyusuan 3m Paling Bagus Dan Terlaris!!

 Testimoni 2

Set Penyusuan 3m Paling Bagus Dan Terlaris!!
 Testimoni 3

Set Penyusuan 3m Paling Bagus Dan Terlaris!!

Testimoni 4
Set Penyusuan 3m Paling Bagus Dan Terlaris!!


Punca Dan Cara Mengatasi Susu Merudum

Punca Dan Cara Mengatasi Susu Merudum



Susu merudum? kebanyakan ibu2 menyusu mesti akan melalui situasi ini.dan mmg ramai yg akan jd gabra tambah2 kalau ibu tu jenis xde simpan stok yang banyak dlm peti ais...sbb apa?sbb pam hari ini untuk kegunaan hari esok...

So bila susu merudum,apa perlu kita buat??
===================================1) Jangan panik atau stress kerana kedua2 perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.

2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik2 susu.

3) Make sure setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit2 di keliling payudara secara perlahan).

4) Jangan sekali2 terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar2 perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh2 utk memperbanyakkan susunya semula.

5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Cth kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stess dll). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya...(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).

6) Periksa diet harian anda samada ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman..(Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasakan protein ke dalam menu harian)-**Jika sukar, alternatifnya (jika ummi) tambahkan pengambilan supplement seperti Energizing Soy Protein yang tinggi kandungan proteinnya.

7) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar2 selesa untuk tubuh anda - (jika bagi ummi, pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu).

8) Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu situasi kalian.

9) Amalkan surah2 al kauthar atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa.

10) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya...




Cuba cek,kenapa susu anda merudum?
=====================================
  1. Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply"
Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam.Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.
  • pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar singal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.
  • Pam bila breast penuh atau breast bengkak bila ibu pam bila breast dah penuh atau bengkak,badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu.Jadi secara automatic badan akan menghsailkan susu yang sedikit.Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop
  • pam ikut suka hati bila boleh. Saya  galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab setiap perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza.Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya..
  • pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah.Ibu kena pam setiap breast minimum 20 minit bagi setiap breast untuk 1 sesi pam.Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam  ibu mungkin mengalami ;let down' sekali lagi.

2. Keadaan ibu: 
Apa yang dimaksudkan dengan keadaan ibu?
  • Letih
  • stress
  • period
  • Sedang mengandung
Semua di atas juga menjadi punca susu merudum.kenapa? sebab penyusuan susu ibu ni berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (haslkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.

Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin.Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu,Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu.Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang..Maka tidak hairanla jika susu merudum dan ibu mula risau dan bimbang susu semakin merudum.. Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stres sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum.


3.Pengambilan air kosong tidak cukup
Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air  sekurang-kurangnya 3L sehari.Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air.Jika ibu sendiri tidak cukup air macamna nak menghasilkan  susu, betul tak?


4.Diet harian tidak seimbang
Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang yang ibu makan.Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu.Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik denganitu badan ibu juga dapat memproseskan susu dengan baik.Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.


5.Pam tidak sesuai
Ramai ibu-ibu yang mengaduh bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai.Bila menggunakan pam yang tidak sesuai suction kadand2 menyakitkan,pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.. 

Jika ada budjet adalah lebih baik anda  menggunakan double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu.Jadi jika kedua dua belah breast dirangsang serentak,hasilnya pun banyak.Biasanya bila guna single pam sedelah breast dapat banyak sebelah lagi sikit.



Teknik untuk banyakkan semula susu
================================1.Cari punca susu merudum dan atasi punca itu
Ibu kena renung balik apa punca susu merudum.Jadual pam macamna?konsisten tak ikut jadual pam?Badan stress dan letih ke? ambi makanan yang macamna? seimbang ke tidak.Cukup ke air yang diminum tu.Bilamana ibu tahu apa punca susu merudum senanglah nak betulkan balik.

2.Lakukan power pumping dan Tanderm nursing
Teknik power pumping adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu.Ini kerana teknik ini serupa dengan mimik hisapan bayi.

Caranya pam 10 minit secara bergilir sehingga 1 jam bagi yg menggunakan single pam. Bagi yg menggunakan dauble pam, pam sepuluh minit rehat 10 minit kemudian ulang sehingga 1 jam..
Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu.. Jika angin je yang keluar teruskan pam, jika ibu konsisiten hasilnya akan nampak..

Ibu juga boleh cuba kaedah tunderm nursing.sebelah payudara anak isap sebelah lagi pam..

3. Sentiasa positif dan yakin
Bila susu banyak ibu happy, bila susu sikit bersyukur kerana Tuhan bagi rezeki untuk anak.Yakinkan diri bahawa anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya.. Jangan bandingkan hasil tenusu (perahan)  dengan orang lain sebab demand setiap anak berbeza.

4. Akhir sekali pastikan pengambilan air kosong cukup sekurang kurangnya 3L sehari dan pastikan pengambilan makana yang seimbang.


Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan...

Alfalfa Shaklee Atasi Masalah Keputihan Dan Kering Ketika Bersama

Alfalfa Shaklee Atasi Masalah Keputihan Dan Kering Ketika Bersama

Keputihan atau lelehan lendir ada dalam dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi.


Keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman. Perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui.


Keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman. 
Ada di kalangan wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius. Namun, berasa malu untuk berjupa doktor. Lagi-lagi kalau doktor lelaki. Betul tak?
Ada antara kita yang memakai pantyliner untuk mengatasi masalah keputihan. Tapi bagi saya, pemakaian pantyliner bukanlah penyelesai masalah. Ia cuma 'menutup' masalah buat sementara. 

Tak kurang juga yang mengamalkan petua orang lama-lama, contohnya..
Ambil seikat dauh sirih dan bersihkan terlebih dahulu.  Tumbuk sirih tersebut separuh hancur atau jika anda ingin cara yang mudah, memadailah dengan meramasnya secara kasar.  Kemudian campurkan sirih yang telah ditumbuk atau diramas tadi dengan air suam di dalam bekas sederhana besar.
Setiap kali anda mencuci bahagian sulit anda, gunakan air rendaman tadi pada bilasan terakhir.  Amalkan sehingga anda tidak lagi merasa gatal di bahagian tersebut.  Selain mampu menghilangkan keputihan, anda juga pasti merasa selesa.

Apapun jangan risau sebab vitamin Shaklee mampu membantu anda mengatasi masalah keputihan ini. Vitamin itu tidak lain tidak bukan iaitu Alfalfa
Alfalfa Shaklee Atasi Masalah Keputihan Dan Kering Ketika Bersama
 Jom ikuti testimoni custemer yg berjaya :
============================
Testimoni 1: 
Alfalfa Shaklee Atasi Masalah Keputihan Dan Kering Ketika Bersama

     Testimoni 2 :
Alfalfa Shaklee Atasi Masalah Keputihan Dan Kering Ketika Bersama

Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet

Saya faham..ramai ibu2 di luar sana yang ingin mendapatkan set penyusuan yang memang terbukti keberkesananya.Ada 5 set penyusuan sebenarnya :

1. set basic ( set b )
2. set e
3. set 3m
4. set eur four pack
5. set eur four pack plus

Antara kelima2 set penyusan ini, set 3m adalah yg paling laris sekali kerana memang terbukti hasilnya sgat2 positif & memberansangkan.Tapi xsemua mampu memiliki set 3M ini kerana harganya yg di katakan agak boom dari set lain.

Untuk ibu2 yang mencari set penyusuan paling bajet saya cadangkan set basic iaitu SET B.
Apa yg ada dalam set B ini ya?
Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet

Tapi tak semua ibu2 boleh ambil set ini ya.mereka yg tak boleh ambil set ini ialah
  1. Ibu yang ada penyakit SLE
  2. Ibu yg sedang hamil tetapi masih menyusukan anak yang lain.
  3. Ibu yg sedang dalam pantang

Kenapa mereka tidak boleh ambil set b ini?
  1. Alfalfa tidak boleh di ambil oleh pesakit SLE.
  2. Alfafa bertindak mengecutkan rahim so ibu mengandung tidak boleh ambil alfafa untuk mengelakkan   berlakunya keguguran.
  3. Alfafa boleh menyebabkan bayi cirit birit jika bayi tidak tahan dengan alfalfa.ini sering terjadi kepada bayi2 yg dlm pantang.

11 Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

11 Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu
Hari ini nak kongsi dengan ibu2 di luar sana tips2 untuk memperbanyakkan susu ibu
===================================================================================

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  

  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 

  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
11 Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin…

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam… masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 – 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh… Ni based on pengalaman mommaMia yer…
 
 

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
11 Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
 
11. Pengambilan suplemen  
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya…
ESP! 
11 Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu
Tahukah anda Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. “


Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’