macam mudah je..macam free jek..macam nak bt jek..JOM!!jom kita sesama sihat n cantik ;)
6 TIPS MUDAH UNTUK ANDA!
Tips Sihat Dan Cantik: 6 Tips Awet Muda
Saya pasti semua orang suka untuk nampak muda dari usia sebenar. Tapi, mesti tak semua orang tahu macam mana nak kekal aktif dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi bila ramai di antara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehingga mengakibatkan stress. Stress yang berlebihan boleh membantutkan proses penurunan berat badan dan kehidupan yang sihat.
Saya pernah berjumpa dengan ramai orang yang nampak awet muda. Bila ditanya pada mereka, apa rahsianya, rata-rata mengamalkan tips sihat dan cantik berikut untuk awet muda:
Tips Sihat Dan Cantik 1: Amalkan Pemakanan Seimbang
Haaa...ini yang paling penting sekali. Mereka yang kelihatan awet muda
memang mengambil berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang
diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan
oleh tubuh badan kita.
Tips Sihat Dan Cantik 2: Tidur
Mereka yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur yang
mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi
tahap kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan
anda kekal sihat dan cergas.
Tips Sihat Dan Cantik 3: Bersenam
Jangan malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga sangat penting
untuk mendapat kesihatan yang baik. Buat je apa-apa aktiviti senaman
yang anda suka 3-4 hari seminggu dan senaman tidak semestinya dilakukan
di gym atau di luar rumah.
Tips Sihat Dan Cantik 4: Minum Air
Air sangat penting untuk memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di
tahap optimum. Air boleh membantu melembapkan kulit dan melancarkan
peredaran darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2L air kosong setiap hari.
Tips Sihat Dan Cantik 5: Buah-buahan dan Sayur-Sayuran
Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amalan pemakanan anda.
Makan buah sebelum makan akan menyebabkan kita cepat kenyang dan dapat
mengawal jumlah pengambilan makanan utama.
Tips Sihat Dan Cantik 6: Fikir positif
Orang yang selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat
mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi
untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Perkara yang positif akan
banyak berlaku kepada anda yang selalu berfikiran positif.
Tips sihat dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti mudah yang
boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.In shaa Allah sedikit sebanyak
saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan
cantik.

No comments:
Post a Comment