Thursday, February 6, 2014

jom kenali VITAMIN penguat kasih..ops!!

Assalamualaikum...entry MCQ arini berkisahkan vitaE shaklee...sebelah meja makan@meja ofis nih almari shaklee ku..dok tgk almari n telek 1-1 botol vitaminku then tup-tup singgah lama sket ke btl vitaE...cita pasal vitaE lah...tapi xsempena malam jumaat pun ye...hehee...vitaE shaklee nih di buat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitaE,di ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fsiologi dan di gabung dengan 8 jenis vitamin E(alpha,beta,gama,delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina. 



Apa rupanya botol Vita-E complex shaklee nih??...inila rupanya...tapi bagi pelanggan2 shaklee ku yang telah mengambil utk nilai bajet, botolnye xsamala...kenela comey lgkan...hehee...yg nak tau pasal set age bajet tuh ley roger2 pas abis baca entry nih nnt ye ;)




ramai yang menyedari akan keperluan vitamin E terhadap keperluan kesihatan dirinya..bagi yang belum tahu atau masih tertanya2 apakah kepentingan n kebaikkan vitamin E nih..jom kita sambung baca lagi entry MCQ kali nih ;)

Kebaikan Utama Vitamin E :

* Bertindak sebagai antikoagula (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

* Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

* Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin – mengelakkan pembentukan plak kolesterol

* Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.

* Vitamin E dpt membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh menggangu pembentukan tulang.

* Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :

- Sistem saraf

- Sistem otot

- Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)

Ringkasan Kebaikan Vitamin E :
==================

1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

2. Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

3. Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.

4. Anti oksidan.

5. Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.

6. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

7. Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

8. Menyelesaikan masalah kelesuan.

9. Mengurangkan risiko parut yang besar.

10. Merendahkan kadar kolesterol.

11. Membantu mencegah kanser.

12. Merendahkan risiko katarak

Dan satu lagi khasiat Vitamin E adalah sebagai penyubur keharmonian rumah tangga. Sebabnya, vitamin E yang dikenali juga sebagai " vitamin cinta" berfungsi seperti berikut:
*Memperbaiki kualiti sperma lelaki. Dengan itu ia secara tidak lengsung mempengaruhi pergerakan sperma untuk bertemu dengan ovum. 
*Meningkatkan jumlah sperma. Harus diingat kekurangan sperma boleh mengurangkan kesuburan lelaki 
*Vitamin E boleh merangsang LIBIDO. Apa libido ni? Libido adalah keinginan seks kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan.Kekurangan testeoterone inilah yang menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan. 
*Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas.

Kekurangan Vitamin E :
==============

1. Malasah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

2. Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Gejala – Gejala Kekurangan Vitamin E :

- Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)

- Masalah berkaitan system pembiakan

- Susah mengandung

- Senang keguguran

- Tanda penuaan pada kulit (age spots)

- Katarak

- Hilang nafsu seksual

- Rambut kering & gugur

- Kelemahan otot (myopathy)

- Luka lambat sembuh

- Kebas kaki (cramps)

- Penyakit berkaitan usus

- Mati pucuk

- Prostat membesar.


Jika Terlebih Vitamin E :
==============

Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancer.

Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin E :
============================

Avokado
Biji bunga matahari
Kacang soya
Buah zaitun
Badam
Labu
Kacang buncis
Ubi keledek
Sayuran hijau
Minyak sayuran, minyak zaitun, minyak jagung dan minyak matahari

Siapa yang Perlukan Vitamin E
==================

Lelaki dan wanita.
Ingin kelihatan muda
Mempunyai masalah jantung atau kolestrol
Sukar mengandung
Dingin untuk melakukan hubungan kelamin

 


selain mengamalkan makan sebiji Vita-E complex shaklee setiap malam.. anda juga boleh menggunakan setiap kaplet vita-E ini sebagai masker...wah!!specialkan...pilihan pada anda...nak makan sahaja or nak tepek ke muka sahaja or kedua-duanya skali..nak cantik n lagi cepat buatla 2-2 eh... ;)



rase macam xlengkap je tutup post tanpa testimoni pengguna kan?..mmg banyak testimoni  pengguna shaklee nih...taip je kat engine google laju je dia mencari.. :D almaklum produk yang dah terlalu lama dalam pasaran ANTARABANGSA...dalam malaysia pun da cukup lama kot nak cita kat lua negara lagila lama...da kata sebagai perintis pengeluar suplemen gitu...hehee...tapi adik faiha da mula merengek2 plak...almklum 3lbh am..2jam da di tgglkn..hehee...apekata korang google sendri..biasa customer yang google sendiri dapat masalah lebih pilihan n dari nak cuba 1 vitamin da jadi 2,3 item lain di amiknye skali..tapi nnt2 dikelapangan lain i mskkn testimoni skali eh..anak da memanggil2  ;)

okeh semua,setakat ini kiriman saya untuk kali ni..bak kata orang lama, xkenal maka xcinta...cinta nihpun xsemuanya indahkan...so kita kena cari kat mana keindahannya..kenal masalah diri then kita boleh ikhtiarkan ape langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut..bagi yang berminat mendapatkan VITA-E complex shaklee nih boleh hubungi sy di 0196285435.

akhir kata, selamat menjadi pengguna bijak..bertukar jenama mungkin merubah masa depan anda..nak tau macammane??..jom join grup chit chat kami!! wassalam ;)

No comments:

Post a Comment